Ahad, 4 Disember 2011

Kampung Halamanku - part 2

                                                  Kampung Bunga Raya - part 2


Dalam post yang lalu saya sudah dedahkan serba-sedikit sejarah kampung ini.Dalam post kali ini saya paparkan pula kampung ini dari pandangan atas agar banyak  lagi sejarah kampung ini yang boleh dikongsikan kepada pelawat blog saya. 


Ha depan sekali ni ialah sebuah sekolah  iaitu SK.Bunga Raya,Kanak-kanak penduduk  di sini semuanya bersekolah di sini dan 60% guru-guru sini adalah dikalangan warga penduduk sini.


Pada asalnya kampung ini hanya satu nama sahaja iaitu Kg Bunga Raya tetapi sudah dibahagi-bahagikan kepada tiga buah kampung semua menggunakan nama kampung asal masing-masing yang dalam pandangan ini hanya Kg Tonobon Baru,Kg Kodop Baru dan satu tetap masih guna nama asalnya iaitu Kampung Bunga Raya. 


Dalam pandangan ini hanya kampung Tonobon Baru dapat dilihat,dua buah kampung ada diatas bukit coz dalam pic ni tidak ada dipaparkan.Memang kampung ni luas dan menarik.


Tengok pula dalam pandangan kampung ni ada sebuah kolam itu bukan kolam tetapi "Tasik Belais".Air dalamnya tidak pernah kering walaupun musim kemarau cantikkan. nak tau ceritanya....ha mulalah lagi jadi penglipur lara ni...tidak apakan yang penting pelawat blogku puas hati baca sejarahnya....ikuti sejarahnya di post yang lain ya.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan