Khamis, 16 Februari 2012


Hari ini saya kongsikan pula rujukan cara menulis nilai murni dalam pengajaran Bahasa Malaysia.Khas untuk anakku dan anak murid sekalian.


CARA MENULIS NILAI MURNI / PENGAJARAN

1. Hormat-menghormati
Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa / guru / orang yang lebih tua.

2. Tolong-menolong / bantu-membantu
Kita perlu membantu ibu bapa meringankan beban rnereka.
Kita perlu membantu murid-murid / adik yang lemah dalam pelaiaran.
Kita perlu membantu orang yang menghadapi kesusahan/ bermasalah.

3. Bertanggungjawab
Kita mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita.
Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang bertanggungjawab.

4. Menjaga kebersihan
Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri,rumah dan sekolah. 
5. Menjaga kesihatan
Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat dan seimbang.

6. Mendengar nasihat
Kita mesti mendengar nasihat ibu bapa,guru-guru dan orang yang lebih tua dari kita.

7. Hemah tinggi
Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang.
Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan.
Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah.

8. Kasih sayang
Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain.
Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.

9. Baik hati
Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.
Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
Kita mesti bermurah hati serta memberi bantuan kepada orang lain.
Kita mesti saling faham-memahami antara satu dengan yang lain.
Kita perlu meminta dan memberi kemaafaan kepada orang lain.

10. Keadilan
Kita perlu bersikap adil membuat sesuatu perkara.

11. Bersopan santun
Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu bapa / rakan/ orang yang    
lebih tua.

12. Menghargai masa
Kita mesti menghargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

13. Berjimat-cermat
Kita perlu berjimat-cermat dan jangan boros berbelanja dengan wang.
Berjimat menggunakan bekalan air atau bekalan elektrik.

14. Rajin
Kita perlu rajin membaca dan mengulangkaji pelajaran supaya dapat keputusan cemerlang.

15. Jujur
Kita perlu bersikap jujur apabila melakukan sesuatu serta tidak suka bercakap bohong.

16. Berhati-hati
Kita mesti berhati-hati apabila melintas di jalan raya melihat ke kiri  dan kanan sebelum melintas.

17. Kesyukuran
Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman dan damai.
Kita perlu mengenang jasa ibu bapa dan guru kita.
Sentiasa bersyukur kepada Allah kerana memberi kesihatan kita.
18. Bertolak ansur
Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan yang lain.
Beratur apabila menaiki atau keluar dari bas.
Beratur apabila membeli makanan di kantin.

19. Berterima kasih
Kita perlu mengucapkan terima kasih atas pemberian yang diberikan.

20. Berdikari
Kita mesti berdikari dan sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

21. Kesederhanaan
Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap masa.
Jangan angkuh dan sombong apabila mendapat rezeki yang lebih.

22. Berdisiplin
Kita mesti berdisiplin pada setiap masa.

23. Cinta akan negara
Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur kerana negara kita aman damai.

24. Berani
Kita perlu bersikap berani menghadapi cabaran dan masalah.

25. Mematuhi peraturan
Kita mesti mematuhi setiap peraturan pada setiap masa.

26. Bekerjasama
Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja.


27. Kejiranan
Kita perlu menghargai jiran kerana sentiasa membantu kita semasa dalam kesusahan.
Jiran prihatin melihat terhadap rumah dan kereta kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan