Isnin, 16 April 2012



                                       KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 4 MINGGU
Inilah antara muka guru2 yang terlibat dengan Kursus Dalam Perkidmatan 4 Minggu. Kursus ini dijalankan di IPGM Tawau bermula dari 2 April hingga 27 April 2012 anjuran JPN. Seramai 24 orang peserta  mengikuti kurus ini yang diwakili guru-guru dari Daerah Sandakan,Lahad Datu,Semporna dan Tawau. 
Peserta kursus perlu menghabiskan masa 4 Minggu untuk memenuhi kehendak kementerian pelajaran agar guru-guru dapat didedahkan dengan program MBM.Minggu pertama dan kedua dihabiskan dengan kuliah dari pensyarah2 IPGM Tawau.





  
pembentangan RPH
Sebahagian daripada gambar pembentangan Rancangan Pengajaran Harian Guru-Guru hasil daripada perbincangan setiap kumpulan.
MIKRO-KDP 4 Minggu
Minggu ini adalah yang paling menyeronokkan kerana setiap kumpulan akan membuat pengajaran mikro hasil kerja kumpulan masing-masing.Setiap sesi akan diceriakan dengan pelbagai gelagat kerana setiap guru mempunyai kreativiti tersendiri untuk menyampaikan bentuk pengajarannya dalam mikro.Guru2 lain   berperanan sebagai pelajar, suasana dalam kelas yang pelbagai menambahkan keseronokan guru-guru menimbah ilmu dalam kursus ini.

penutupan Kursus-KDP 4 Minggu
Setiap yang bermula pasti akan diakhiri dengan perpisahan.Peserta kursus pastinya gembira kerana dalam mindanya telah dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang berguna untuk diperturunkan kepada rakan-rakan dan juga anak murid masing-masing.Bagi peserta yang tinggal jauh penantian seperti inilah yang akan mereka nantikan  setelah sebulan meninggalkan keluarga masing-masing.Perpisahan ini juga pastinya akan mengimbau kembali memori semasa berkuliah di IPG Tawau.Selepas ini tidak akan ada lagi kedengaran suara-suara teguran tepukan sekali jika datang lewat kerana setiap teguran akan memperbaiki disiplin peserta.Terima kasih kerana menegur kami...Kawan-kawan seperjuangan pasti merindui suasana ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan