Khamis, 21 Jun 2012



PERMASALAHAN DALAM PENULISAN KARANGAN DALAM
 PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Karangan merupakan satu daripada bahagian penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat rendah atau pun menengah. Kegagalan pelajar menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam bahasa Melayu. Berdasarkan masalah tersebut bahagian ini cuba untuk menghuraikan permasalahan dalam penulisan karangan peringkat menengah rendah

1.            Pembinaan ayat
·         Ayat tidak gramatis.
·         Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat)
·         Ayat-ayat yang terdapat unsur lewah
·         Kesalahan dalam penggunaan laras bahasa
·          Pelajar tidak mahir dalam mengembangkan ayat
 peluasan bahagian subjek/predikat
 peluasan ayat dasar kepada ayat terbitan

2.            Kesilapan dari segi tatabahasa, antaranya kesalahan tatabahasa yang ketara dalam penulisan ialah:
Penggunaan kata sendi nama (di, dari, daripada, pada)
Penggunaan kata pemeri (ialah, adalah)
Penggunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan)
Penggunaan kata hubung
Penggunaan imbuhan awalan,apitan, akhiran dan sisipan
Penggunaan imbuhan meN…kan, meN…i dengan tepat.


3.    Pemilihan perkataan tidak sesuai dan tidak tepat.
·         Perkataan tidak menepati  maksud sebenarnya
·         Perkataan yang dipilih bersalahan  dengan konteks
·         Perkataan tidak menepati laras bahasa.

  1.   Kesilapan penggunaan tanda baca
·         Tidak mahir menggunakan tanda baca.

    5.     Gaya penulisan.
·         Skemata dalam penulisan ( pendahuluan,isi, dan penutup)
·         Pembinaan ayat dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup dihasilkan secara tidak berstruktur.
Perenggan pendahuluan (ayat rangsangan dan ayat arahan)
Perenggan isi (4W 1H, deduktif, induktif, eklektif dll) 
Perenggan penutup (ayat kesimpulan, cadangan, harapan)
·         Pemerengganan dalam karangan. (tidak sekata)
·         Ayat terlalu panjang (ayat topik dengan beberapa ayat huraian)

6.         Idea/isi
·         Idea pokok tidak disokong dengan idea kecil
·         Tidak menjawab rangsangan tajuk (bincangkan,setujukah anda,sejauh mana anda setuju,apa pandapat anda,huraikan jelaskan.)
·         Tidak cukup isi ,huraian dan contoh)
·         Isi kurang bernas , kenyataan sepintas lalu,tiada fakta ,contoh dan kenyataan yang kukuh.
·         Urutan isi  tidak ada koheren.

7.     Olahan
         Pelajar tidak menguasai ragam ayat (ayat aktif, ayat pasif)
         Tidak mempelbagaikan jenis-jenis  ayat (penyata, perintah,
         tanya, seruan.)
         Tidak menguasai susunan ayat (ayat biasa, ayat songsang)
         
Perkataan yang perlu ada dalam sesebuah penulisan karangan yang jelas,menarik ,dan berkesan dalam penyampaian idea.

a.            Menentukan tujuan penulisan
b.            Proses penulisan -  mendapatkan idea
c.            Isi – releven , jelas ,logik dan keaslian.
d.            Mekanis – tanda baca dan kebolehan tulisan tangan
e.            Tatabahasa – rumus bagi penambahan awalam , akhiran.
f.             Sintaksis – struktur ayat , bahas ayat ,pemilihan gaya.
g.            Pemilihan kata  - kosa kata dan rangkai kata
h.            Penyusunan – paragraf , topik ,huraian dan pertalian
i.              Pembaca – orang yang bakal membaca.

Kecenderungan mengemukakan beberapa banyak isi karangan adalah antara kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Apatah lagi dalam perenggan isi pelajar memberikan 2 atau lebih isi utama.
Biasakanlah, untuk satu perenggan hanya satu isi dan dikembangkan.

Tidak membuat semakan pada akhir penulisan. (Semak ayat, penggunaan imbuhan, diksi, ejaan dan lain-lain)

Perkara perlu dielakkan dalam penulisan ialah isi tidak lari tajuk dan penulisan menepati format yang betul.

Sebagai kesimpulannya, pelajar yang menulis karangan mengikut kemahuan sendiri tidak mungkin dapat menghasilkan karangan yang berkesan. Pelajar seharusnya berusaha mematuhi peraturan penulisan karangan dengan format yang betul dan persembahan yang mantap, yang pastinya menjanjikan markah yang cemerlang.


JENIS-JENIS PENULISAN KARANGAN:
1. DEDUKTIF
2. INDUKTIF
3. EKLEKTIF

PERENGGAN PENDAHULUAN
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu:
Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang  berkaitan dengan definisi dan isu semasa  tentang kata kunci @ kehendak soalan.
Ayat Arahan –    Ayat yang menjawab kata kunci  karangan / tentang isi yang akan dibicarakan.
Contoh Pendahuluan Karangan

Di  negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari.
     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya.

(1)       (AR)Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya.  (AR) Daripada segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari.  (AA)Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Pendahuluan Jenis Suasana
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya mendengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

Pengenalan Jenis Peribahasa
Tulis satu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan”untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah “Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama dituruni”, “Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah” dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.

PERENGGAN ISI
Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu;
• (AI)Ayat judul – Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan.     
• (A2)Ayat huraian –Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan penjelasan tentang isi  atau  menyokong isi utama.
Ayat bukti/contoh – Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.
Ayat penegas –ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Penanda  wacana yang biasa digunakan seperti  tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.

Contoh Perenggan Isi

(1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.

(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.

Perenggan Deduktif
}  Generalisasi – (A.Tajuk)
}  Fakta           - (A.Contoh)
}                        (A. Cadangan)
}                        (A. Huraian)
}  Ayat Kesimpulan – (AK)
(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan. 

Perenggan Induktif
}  Ayat Kesimpulan – (AK)
}  Ayat fakta – (AC) / (ACD)
}  Ayat Generalisasi – (AT)
(AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD) persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. Oleh hal yang demikian,  (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.        

PERENGGAN PENUTUP
         Ayat kesimpulan – pendirian penulis
         Ayat cadangan
         Ayat cadangan
         Ayat harapan
            Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.

            Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Pengguna jalan raya janganlah bersikap “sudah terhantuk baru hendak terngadah”. Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.

RUMUSAN
         Isi karangan perlulah dikembangkan
         Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
         Setiap perenggan perlu sekata.
         Ayat yang gramatis.
         Penggunaan penanda wacana yang tepat.
         Menyatakan peribahasa, perumpamaan,dsb

    ELEMEN PENTING DALAM PENULISAN

a)    Ayat gramatis
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis?
-       Setiap ayat harus ada subjek dan predikat.
-       Menggunakan laras bahasa yang betul.
-       Tiada unsur kelewahan maksud / bahasa.
-       Penggunaan tanda baca yang betul.
-       Pemilihan diksi/kata yang tepat dengan konteks dan maksud.
-       Betulkan sebarang kesalahan ejaan

b)    Isi yang dikembangkan (perenggan isi)
-       Ayat pertama – menyatakan isi
-       Ayat yang berikutnya – mengembangkan isi, iaitu jelaskan sebab, bagaimana, mengapa – mengiukt kesesuaian.
-       Memasukkan maklumat sokongan dalam huraian untuk menyokong isi yang dikemukakan.
-       Membuat penyimpulan pada isi tersebut.

c)    Olahan yang menarik
-       Gunakan ragam ayat yang pelbagai
-       Pelbagai jenis ayat
-       Susuanan ayat

d)    Kosa kata luas
  Masyarakat madani
  Kebejatan sosial
  Prakarsa
  Nostalgia
  Aura
  Idola
  Terkesima
  Seyogia
  Hedonisme
  Marcapada
  implementasi
  Maslahat
  Memartabatkan
  Sebotaj
Aroma
e)    Ungkapan menarik
Contoh ungkapan yang menarik
¡  Ibarat lotong meniti batang kayu – tidak mempedulikan orang sekeliling
¡  Ibarat serangkap bak lembing, serumpun bak serai – gambaran kerjasama dan muafakat
¡  Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga – orang yang yakin dan bersungguh-sungguh akan memperoleh kejayaan
¡  Suka akan gaharu kerana baunya, suka akan guru kerana ilmunya..
¡  Ada sirih, sepah juga yang hendak dimakan- masih mengamalkan tabiat lama yang merugikan.
¡  Seperti anjing menyalak di ekor gajah – melakukan perbuatan sia-sia
¡  Umpama menelan mestika embun – menerima kritikan dengan sikap terbuka untuk kemajuan akan datang.
¡  Setiap penyakit ada ubatnya – setiap masalah ada penyelesaiannya

Rumusan
¡  Isi karangan perlulah dikembangkan
¡  Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
¡  Setiap perenggan perlu sekata.
¡  Ayat yang gramatis.
¡  Penggunaan penanda wacana yang tepat.
¡  Menyatakan ungkapan yang menarik seperti
¡  peribahasa, perumpamaan, slogan, kata hikmat.
¡  Pengolahan yang menarik 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan