Khamis, 15 Disember 2016

Hasil Coretanku tentang Bandar Keningau Kini




 Inilah salah satu sudut pemandangan Daerah Keningau yang terletak di pedalaman atas, Negeri Sabah.

Daerah Keningau telah dinaik taraf kepada Bandar Keningau pada tahun 2002 berdasarkan catatan dari Majlis Daerah keningau.

Bandar Keningau merupakan salah satu persinggahan kepada warga penduduk dari Tawau yang akan ke Kota Kinabalu melalui jalan kalabakan-Keningau.

Perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu hanya memakan masa 2 jam 30 minit sahaja sekiranya melalui jalan Kimanis-Papar.

 Pengunjung ke sini pasti akan terpegun kerana keindahan dan kepesatan pembangunannya walaupun jauh daripada Bandaraya Kota Kinabalu.

Salah satu sebab keindahan daerah Keningau ialah kerana keluasan kawasan tanah rata yang dikelilingi oleh banjaran kroker. Banjaran kroker inilah yang memisahkan daerah keningau dengan bandar-bandar lain di sabah.

Bagi warga Sabah yang belum pernah datang ke sini,anda dialu-alukan datang melalui jalan Tambunan-Keningau atau pun jalan Kimanis.

Perkhidmatan kenderaan darat yang disediakan ialah teksi,van dan bas express.Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di sini tetapi sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.


Harapan penulis blog agar satu hari nanti pihak kerajaan akan mendirikan pelbagai kilang perusahaan di sini agar para belia tidak merantau ke seberang untuk mencari pekerjaan.

   Pemandangan di bawah pula adalah salah        satu jalan  raya antara Apin-Apin-Keningau.

Ini pula ialah jalan raya yang menghubungkan Pekan Apin-Apin dengan Bandar Keningau.Jarak jalan raya ini 20 kilometer dari Apin-Apin ke Bandar Keningau. Jalan raya ini merupakan jalan raya yang paling lurus di Sabah. 


Jika ada penulis blog yang mengatakan jalan raya ini terpanjang sila abaikan kerana berdasarkan penelitian,jalan ini tidak sesuai kalau dikatakan terpanjang cuma boleh dikategorikan sebagai terlurus di Malaysia.

Berdasarkan sejarah,jalan raya ini siap dibuat oleh tenaga penduduk keningau hasil kerahan tentera Jepun setelah mengambil alih  dari pemerintahan British.
Tujuan pembinaan adalah untuk mengangkut hasil 
 kulit kayu manis sebagai salah satu bahan eksport di sini.

 Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu manis yang penting pada ketika itu. 
Jika ingin tahu lebih lagi tentang sejarah keningau bolehlah klik sini  https://ms.wikipedia.org/wiki/Keningau

                                    





4 ulasan: