Sabtu, 28 Januari 2017

Ikan Goreng Masam Manis

    Jom cuba resepi sabahan style lagi...




Bahan-bahannya:                                                    
4 ekor ikan tulai(ikan lain pun boleh)Minyak masak
1 batang serai ketuk dan simpul
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
(bahan diblender b.merah,b,putih,halia,kunyit)
10 hiris mangga kering
(kalau tiada mangga guna asam jawa/belimbing)
(1 biji cili merah,1 biji cili hijau hiris melintang)
(1 biji sedang bawang besar hiris membulat)
(1 biji tomato besar belah 4)
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 ketul kiub ikan bilis
garam dan gula ikut rasa

Cara-cara Memasak:
1.Siang ikan dan bersihkan.
   (rendam dengan air asam jawa dan sedikit garam)
2.Goreng ikan sampai kering dan ketepikan.
3.Tumis bahan-bahan yang diblender 
    dengan 3 sudu makan minyak sampai naik bau.
 * kalau kita blender biasa ada airkan...
    jadi masa tumis bahan blender tu biarkan airnya habis dulu.
    (kalau penyediaan bahan sedikit lebih baik tumbuk lagi sedap)
4.Masukkan sos cili,sos tomato,kiub ikan bilis dan hirisan
     mangga kering biarkan mendidih.
5.Tambah 1/2 gelas air,kemudian letaklah serai,garam dan gula ikut rasa.
6.Kalau sudah sebati rasanya masukkanlah,tomato,cili merah,
    cili hijau,hirisan bawang besar.
7.Gaul dan didihkan sebentar.
8.Akhir sekali, angkat dan tuang di atas ikan goreng tadi.
   (Hiaslah ikut suka)
   Selamat Mencuba







Jumaat, 27 Januari 2017

Borosku Kumaa Tobpinai versi Dusun Sabahan

kopivasian kumaa tabpinai ku ngawi id pogun sabah
ika molohing...
nung haro wassap nu nga kada di kaparu patod adi gambar poinlabas
 insan kono pokirim nga piro-piro tulun suai popolombus di pokirim kawagu...
na nudi ot barakat nanu nu
inan om gaman kosian bogia ti tanganaknu kokito om umbalan nodi diolo wonsoyo..
nung pokirim ko di gambar di poingkuro kou do momutung gatah nga tah om milo no 
yolo posusui hilo id sikulan dau.

unckle  nogi antyku...
Nung orohian kou di sorita pulitik nga kada di posusuyo hiti group kio...
kosisian bogia ti tanganak tongokodo po maan dikoyu udutai.

Nung ogumu tusin nu kada di pomoli di kredit koboli kou di kredit om mengutuk kou no 
dit bangsa do suwai...
aiso kopupusan dilo sonong nogi pomoli ko di buuk 
suhon tanak mambasa...
tigog suwab waro jawatan dau na kio kangku...

ugou negi onduku...
Haro nopo tolipawonnu nga kada di suwang id group kampugku,sikulku,tambalutku 
digulu-gulu nogi susuwai...
osonong nogi di pogium kou di bahan rujukan hiti id google tu waro moti oh guna di
 apandai kono id sikulan...
tigog ka dii kajadi ko PM...
atukoi gaman, inan,unckle om anty atukoi kama kada di pongikum poboroso nodi ngawi 
nung nu di it amu dikoyu kopuasan hiti id pomogunan haro nodi ot tanak nu
  YB om menteri.
Maan nopo di ilo nopo sorita dikoyu ponikid tadau nga id suriba kou no dilo bangsa suwai. 

Tinulisku: aliahml

Khamis, 26 Januari 2017

PROSES MEREBUS MEE KUNING



Proses merebus mee sebelum digoreng

Perkongsian hari ini ialah proses merebus mee yang betul sebelum di goreng atau digoreng keesokkannya. 
Tujuannya supaya mee tidak lembut bila digoreng.Panduan buat anak muda yang 
baru belajar masak terutama anak-anak dan cucu-cicit...hihi itu pasti.

1.Mula-mula rebus mee dalam kuali.
Tunggu hingga lembut...ingat jangan terlalu lama.



2.Angkat dan jirus dengan air bersih 
atau air paip.
Tujuannya ialah bila digoreng mee tidak melekit, hasilnya mee goreng 
korang jadi lecak...(pic yang bawah)



3.Toskan mee yang sudah dijirus dengan air paip.

Andai kata mee tu terlalu banyak direbus...
jangan goreng satu kali simpanlah dalam peti sejuk nanti esok pagi boleh goreng lagi...

Tips untuk simpan dalam peti sejuk...
tuang minyak masak ke dalam mee dan ramas2 
dengan menggunakan tangan yang bersih agak-agak minyak tu meresap dalam mee kemudian letak garam sedikit
 sahaja 1 sudu kecil makan. Tujuannya agar mee tu tidak melekit, tahan serta
 tidak cepat mengeluarkan bau basi.
Selamat mencuba 



Jumaat, 20 Januari 2017

Proses Membuat Serbuk Kunyit


Kali ini saya kongsikan pula proses membuat serbuk kunyit.Walau pun ia kerja remeh tetapi hasilnya lumayan.Siapa tahu hasil perkongsian ini rezekimu bermula...Aamiin

Dibawa ini ada gambar2 tuan punya blog  yang telah mencuba sendiri membuatnya biar pun sedikit sahaja sebagai percubaan sebab itu sahaja yang mampu dituai.Memang kalau kunyit buatan sendiri asli warnanya cantik...kalau beli di market...memang sudah dilabel kunyit campuran.

Mulai sekarang tanamlah kunyit ya jangan tanam rumput dibelakang rumah tidak susah pun menjaganya.Sekurang-kurangnya kita terhindar daripada gst.
Kalau tiada kunyit dibelakang rumah boleh beli di market atau pasar tani.

 Tips memilih kunyit hidup:
Cara pilih untuk buat serbuk kunyit ini sebaik-baiknya kunyit yang sudah matang jangan yang mudah.
                                                        
                                                           Proses membuat
  1.Belilah kunyit hidup 1 kg 
     bersihkan tanah yang masih melekat dengar  air.

  2.Buang kulit arinya  dengan pisau.
      Jangan lupa pakai sarung tangan plastik,nanti tangan yang mulus 
      bertukar warna pula.

kunyit hidup sudah dibersihkan dengan air.

3.Selepas dibuang kulit arinya terus rendam dalam air bersih.

           4. Rebus kunyit sampai mendidih agak-agak kalau kunyit itu sudah lembut dan buang airnya dan toskan.

rupa kunyit hidup yang telah dibersihkan dan akan direbus.
masa direbus terlupa pula snap rupa nya.
Airnya agak-agak macam dalam pic tu.

5.Lepas tu potong-potong macam ini...
suka hatilah potong macamana yang penting senang masuk blander. 
6.Kalau sudah dipotong jemur di bawah matahari yang panas ya...
proses pengeringan memakan masa 2 atau 3 hari mengikut cuaca.

7. Akhir sekali, blanderlah dengan menggunakan mesin blander yang kering.
   Kalau ada mesin penghalus khaskan bagus.
In sha Allah tunggu ada rezeki lebih akan tercapai juga hajat.
Jangan letak air ya...nanti serbuk kunyit kamu tidak menjadi...
blander macam buat gula halus...
rupa serbuk kunyit yang sudah diblender...
perlu disaring jika blender tidak mampu menghaluskan.
Saja nak tunjukkan proses membuat serbuk kunyit penulis blog pun bukan rajin sangat main beli saja semua akhirnya bayar gst juga.

Kalau sudah siap pakinglah dalam botol atau tupperware.

Selamat mencuba...
jangan jemu mencuba hingga menjadi.

Sabtu, 14 Januari 2017

Sambal Cili Padi Manis


Bahan-bahannya:

cili padi rm2
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
8 biji belimbing wuluh/tunjuk
(asam jawa tak guna sudah ya)
gula 2 sudu makan
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak

(bawang merah tu terpulang kalau mau banyak boleh tambah...

saya lebih suka lebihkan bawang putih daripada bawang merah tetapi dalam pic tu sama banyak)
*lihat pic bawah ya*


cara-cara memasak:

1.Basuh semua bahan dan tos.
2.Blander bawang merah,bawang putih dan belimbing.
(masa blander letak air sedikit saja ya)
3.Blander pula cili padi tanpa air.





*lihat pic atas*

4. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang diblander 
(b.merah,b.putih,belimbing)
5.Tumis sampai airnya hampir habis kering,,,kalau minyak naik oklah tu.

7.Akhir sekali,masukkan cili padi yang telah diblander...

masak sampai hambir-hampir kering...letaklah garam dan gula.


8.Kemudian masukkan pula air sedikit dalam 2 sudu makan untuk sebatikan cili.
Gaul dan masaklah sampai naik minyak.

*lihat pic di bawah*

                                        sambal cili manis ini tahan sampai 1 minggu...
                                               (saya tidak suka letak belacan)

Isnin, 9 Januari 2017

Ikan Putih Masak Kunyit



Bahan-bahan:
3 ulas b.merah
4 ulas b.putih
2 ini kunyit hidup
sedkit serbuk kunyit
1 batang serai(ketuk pecah)
1cm halia(hiris nipis)
3 biji belimbing besi/tunjuk(belah dua)
5 biji cili padi/cili tom yam
*(b.merah,b.putih,kunyit hidup di tumbuk sampai lumat)
garam dan ajinomoto
1 sudu makan minyak masak(menumis bahan ditumbuk)

Bahan utama
ikan putih yang sudah dilumur asam jawa dan sedikit garam...
bagi hilang hanyir ikan 


Letak minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk lumat sampai naik bau.

Kalau bawang sudah naik bau bolehlah tambah air buat kuah ikan.
Letakkan semua bahan-bahan halia,serai,belimbing,cili padi ke dalam kuah tadi.
Biarkan sampai mendidih baru letak garam dan ajinomoto.



Akhir sekali masukkan pula ikan.
Biarkan sampai mendidih.
Kalau sudah masak bolehlah rasa jika kurang perasanya
 boleh tambah garam atau ajinomoto. 
*Jika tiada belimbing boleh ganti dengan asam gelugur atau asam jawa.

                                          Nyam nyammmm...siap buat hidangan t.hari
                                          *ini tidak letak serbuk kunyit sebab habis stok di rumah...
                             jadi warnanya kurang menarik tapi rasanya memang tak terkata sedappp...
                                                               Selamat Mencuba

Rabu, 4 Januari 2017

Jadilah Seperti Bola Rugby



 
Renungan...
Ketika suami isteri masih muda dan memiliki anak-anak yg masih kecil,  anak-anak menjadikan kita seperti BOLA BASKET  yang selalu menjadi rebutan kerana ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan dari kita.

Tetapi ketika kita menjadi tua, kita akan seprti BOLA TAMPAR yang dibuang ke sana ke mari, dari satu anak ke satu anak yang lain kerana mereka anggap orang tuanya menyusahkan dan membatasi kebebasan mereka untuk beraktiviti.

Dan ketika kita telah menjadi semakin tua, maka anak-anak akan memperlakukan kita seperti BOLA SEPAKyang ditendang ke sana ke mari kerana semakin menyusahkan dan hanya diangggap sebagai beban.

Manakala ketika kita sudah nyanyuk, anak-anak memperlakukan kita seperti bola golf dibuang sejauhnya,mungkin berharap agar bola golf itu segera masuk ke lubang.

Ingatlah, sebagai anak-anak yang masih mempunyai orang tua, satu hari kamu pun akan menjadi tua seperti mereka, jagalah mereka selagi bernyawa sebab apa yang kita telah tabur , itulah yang akan kita tuai dikemudian hari.


Oleh sebab itu jadikanlah orang tuamu seperti BOLA RUGBYmeskipun berlumuran lumpur tetap dipeluk dan didekap dengan erat....
Sayangilah orang tua kita selagi masih ada kesempatan.