Sabtu, 28 Januari 2017

Ikan Goreng Masam Manis

    Jom cuba resepi sabahan style lagi...




Bahan-bahannya:                                                    
4 ekor ikan tulai(ikan lain pun boleh)Minyak masak
1 batang serai ketuk dan simpul
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
(bahan diblender b.merah,b,putih,halia,kunyit)
10 hiris mangga kering
(kalau tiada mangga guna asam jawa/belimbing)
(1 biji cili merah,1 biji cili hijau hiris melintang)
(1 biji sedang bawang besar hiris membulat)
(1 biji tomato besar belah 4)
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 ketul kiub ikan bilis
garam dan gula ikut rasa

Cara-cara Memasak:
1.Siang ikan dan bersihkan.
   (rendam dengan air asam jawa dan sedikit garam)
2.Goreng ikan sampai kering dan ketepikan.
3.Tumis bahan-bahan yang diblender 
    dengan 3 sudu makan minyak sampai naik bau.
 * kalau kita blender biasa ada airkan...
    jadi masa tumis bahan blender tu biarkan airnya habis dulu.
    (kalau penyediaan bahan sedikit lebih baik tumbuk lagi sedap)
4.Masukkan sos cili,sos tomato,kiub ikan bilis dan hirisan
     mangga kering biarkan mendidih.
5.Tambah 1/2 gelas air,kemudian letaklah serai,garam dan gula ikut rasa.
6.Kalau sudah sebati rasanya masukkanlah,tomato,cili merah,
    cili hijau,hirisan bawang besar.
7.Gaul dan didihkan sebentar.
8.Akhir sekali, angkat dan tuang di atas ikan goreng tadi.
   (Hiaslah ikut suka)
   Selamat Mencuba







Tiada ulasan:

Catat Ulasan