Selasa, 16 Mei 2017

Teringat zaman sekolah,bila sambutan hari guru mesti cari sesuatu untuk diberi kepada cikgu...wajib ada pen dan kad. Terima kasih cikgu kerana mendidik kami sehingga berjaya.Jasa kamu tidak akan pernah dilupakan.
Selamat Hari Guru.

Ahad, 14 Mei 2017

Kursus dandanan rambut wanita



Kami sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu daripada tenaga pengajar yang dijemput khas oleh kolej komuniti.Belajar 3 jenis guntingan rambut berdasarkan bentuk muka...ha bukan suka2 ya kena gunting ikut bentuk muka.

Ini pula main2 sanggul2 rambut patung.



step seterusnya guntingan rambut layer selepas ni siapa yang ada muka2 bulat mcm saya bolehlah gunting layer yee.



Inilah muka2 geng kumpulan 2 bermain2 patung.
Harap ada sambungan lagi.

"HAPPY MOTHER'S DAY"






Rabu, 10 Mei 2017

Memori AJK Pelaksana Pidato 2017 SK.Batu 4 Tawau



Akhirnya, siap juga slide show buat kenangan...cara buat pun untuk suka-suka sahaja ya minta maaflah sebab tidak formal.Lagi tersalah pilih lagu sudah upload baru perasan...malas dah buat balik abaikanlah.

Isnin, 1 Mei 2017

Deko-Deko Pentas Pidato


SK.Batu 4 Jalan Apas,Tawau telah dipilih menjadi tuan rumah Pidato Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau bagi tahun 2017.Sebanyak 12 buah sekolah yang telah mendaftar untuk mengikuti pertandingan pidato tersebut.
Bagi memenuhi sudut pertandingan pihak sekolah telah menyediakan dua tempat untuk bertanding. Deko pentas Sekolah Rendah adalah di Pusat Sumber Sekolah manakala Sekolah Menegah pula di tempatkan di Dewan Sekolah.
Tahniah kepada semua Pentadbir Sekolah dan AJK Pelaksana kerana mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.

Deko pentas Sekolah Menengah

Deko pentas Sekolah Rendah

 menumpang melakarkan kehebatan deko.
Sebahagian Ajk Pendaftaran 
Ajk Pelaksana dan jurulatih pemidato sekolah.

Deko-deko SK.Batu 4 Jalan Apas...hebat semangat kerjasama antara semua guru-guru untuk menjayakan Program Pidato Peringkat Sekolah  Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau. 
https://youtu.be/nveXw5lAHPI
                                                                    (slideshow atas)