Sabtu, 10 Jun 2017

Resepi buah rotan


Warna-warni untuk ceriakan hari raya anda.
(kalau sudah siap digoreng warnanya berubah)
Resepi 

Bahan-bahan:
4 sudu makan gula halus
1 bungkus tepung pulut
(tambah 5 sudu makan tepung gandum)
5 biji telur
1/2  sudu teh garam
½ kotak santan kelapa
bijan secukupnya
1 sudu kecil kapur sirih
1 cawan air
minyak masak secukupnya
Cara penyediaan kedua:
1.Masukkan gula dan telur  ke dalam mangkuk.Gaul hingga gula larut.

2.Masukkan kapur dan garam.

3.Masukkan tepung pulut dan santan sedikit -demi sedikit.setelah dicampurkan semua bahan uli sehingga sebati dan lembut.Boleh tambah air jika masih keras.

4.Ambil doh yang dah siap tadi,bahagikan kepada 3 bahagian.
5. warnakan ikut suka...bahagian 1 merah,bahagian 2 biru, bahagian 3 asli tidak perlu diwarnakan.
6.Uli setiap doh sehingga warnanya sekata.
7.Bulat-bulatkan kecil dan letak dalam bijan sehingga bijan melekat dalam doh. 
8.Ulangi sehingga habis.
9.Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.
Perlahankan api agar buah rotan anda rangup!
(sebaiknya campur tepung pulut dengan tepung gandum sedikit)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan