Selasa, 25 Julai 2017

Bunga Sansiviera


Lidah jin atau nama saintifiknya Sansiviera termasuk tanaman hiasan halaman rumah yang sering ditempatkan di dalam ruangan perhiasan tanaman kerana pokok ini dapat tumbuh subur walau pun sedikit air dan cahaya matahari. Daun tumbuhan ini tebal dan banyak mengandungi air (sukulen), oleh kerana itu sangat tahan dalam kekeringan. Keistimewaan sansiviera adalah memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap lingkungannya. Ciri spesifiknya yang jarang ditemukan pada tanaman lain diantaranya mampu hidup dalam suhu dan cahaya yang panas.

Tumbuhan Penyerap Racun. Sansevieria atau lidah mertua merupakan salah satu tanaman istimewa lantaran mempunyai kemampuan sebagai penyerap racun (polutan) di udara. Berbagai jenis racun yang mampu diserap oleh Sansevieria antara lain karbonmonoksida, nikotin, benzene, formaldehyde, trichloroethylene, hingga dioksin.
Berdasarkan penelitian Badan Antariksa Amerika Serikat (NASA; National Aeronautics and Space Administration), sansevieria atau lidah mertua mempunyai kemampuan menyerap hingga 107 jenis unsur berbahaya (racun atau polutan). Riset lainnya menyimpulkan bahwa dengan 5 helai daun sansevieria dewasa mampu menyerap dan membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis polutan... salah satu atikel yang saya jumpa di dalam google.

Selain itu sansiviera ini juga boleh menyerap radiasi dari alat-alat elektronik yang ada di dalam ruangan rumah,pejabat atau stor. Hebatnya, cukup dengan 8 helai daun sansiviera untuk menyerap zat yang menyebabkan pencemaran udara (polutan) pada ruangan berukuran 150 meter persegi.
                          pokok lidah jin (Sansiviera)

Kalau keluarga anda yang ramai menggunakan kemudahan handpone,tablet dan anak-anak sentiasa didepan televisyen tentu keluarga anda banyak terdedah dengan pelbagai radiasi.Jika anda rajin google taiplah...bunga penyerap radiasi elektronik...akan keluarlah pelbagai jenis bunga tetapi lidah jin jenis sansiviera kalau ikut pokok bunga inilah yang terbaik dan yang senang dijaga biar diletak dimana-mana sahaja.Tidak memerlukan penyiraman selalu memadai spray dengan air pun cukup.
Semoga apa yang dikongsi ini dapat manafaat buat pengunjung blog ini.Jika anda kurang yakin dengan atikel ini boleh buat carian dengan bantuan google.



Khamis, 20 Julai 2017

ikan merah/putih masak sos cili api

Resepi ini ringkas dan untuk anak-anak yang ada alahan...
jika hendak letak sos tiram atau apa2 sos boleh tambah.
Bahan:
ikan putih/merah
*bawang putih
 *bawang merah
bertanda * blender
bawang besar(hiris bulat)
halia(hiris)
minyak masak
tomato (belah 4)
serai
sos cili 
cili padi
cili hijau
garam
gula
cara masak
                                         1.siang ikan lumur garam dan asam jawa.

                                         2.goreng ikan sampai agak2 garing.

                                         3.Tumis bahan blender.

                                         4.masukkan garam dan gula.

                                          5.masukkan sos cili gaul sampai sebati letak air sedikit.

                                          6.masukkan tomato,halia hiris dan serai diketuk...

                                             biar sekejap

                                          7.Letak bawang besar hiris,cili hijau dan cili padi.

                                          8.angkat dan hidang hiasan ikut kreativiti berdasarkan

                                             bahan.

Jumaat, 14 Julai 2017

Pasar gantung terbakar


Tawau,Sabah-Pasar gantung terbakar yang menjual pelbagai jenis pakaian dan perhiasan seperti mutiara berlaku subuh Jumaat hari ini.Semoga yang terlibat dengan tragedi ini sabar dan memperolehi rezeki lebih baik dari yang ada...Aamiin.


Jumaat, 7 Julai 2017

Cara merebus letup-letup.

                            Siapa tidak kenal dengan pokok ini dalam bahasa saintifiknya physalis angulata . Kalau di Sabah,kanak-kanak biasa panggil pokok ini letup-letup. Jangan pula main copy paste saja sampai nama dan rupanya pun lari dari rupa sebenar. Gambar ini saya dapatkan dari google juga tetapi rupa dan bentuk pokok adalah betul.


            letup-letup


leletup kelambu

                               Ini pula ialah leletup kelambu buahnya diliputi dengan jaring-jaring macam kelambu.Dalam bahasa tempatan kami panggil kuluput.Buahnya boleh dimakan dan rasa manis,bijinya macam buah markisa.Manafaatnya pun lain.


Kalau di negara lain seperti Indonesia buah ini dinamakan buah Ceplukan/Ciplukan.Jika siapa yang mempunyai kemudahan internet boleh cari manafaatnya dengan menaip ciplukan dalam google maka akan keluarlah pelbagai jenis manafaat perubatan letup-letup ini.
Pelbagai manfaat letup-letup dan kandungan yang terdapat dalamnya seperti vitamin C, asam palmitat, alkaloid, chlorogenic acid, polifenol dan lain sebagainya yang terbukti boleh mengatasi berbagai jenis penyakit. Tanaman letup-letup ini memiliki banyak fungsi sebagai antibakteri, anti aflamasi, analgesik, imunosupresan, antioksidan, sitotoksik, meredakan batuk, antivirus, menetralkan racun,paru-paru berair dan anti hiperglikemi. 
Berdasarkan bahagian-bahagian dalam pokok letup-letup ini banyak manafaatnya seperti buah,daun,batang dan akar.
 Di sini telah disediakan cara untuk merebus pokok letup-letup untuk perubatan sendiri.
Cara minum sebolehnya minum sebelum sarapan pagi dalam 3 kali selang-seli sehari pada minggu yang pertama.Minggu kedua hanya 2 kali seminggu. Minggu ke tiga dan seterusnya memadai dengan meminum seminggu sekali.Rasanya memang pahit.

cara-cara merebus letup-letup