Jumaat, 7 Julai 2017

Cara merebus letup-letup.

                            Siapa tidak kenal dengan pokok ini dalam bahasa saintifiknya physalis angulata . Kalau di Sabah,kanak-kanak biasa panggil pokok ini letup-letup. Jangan pula main copy paste saja sampai nama dan rupanya pun lari dari rupa sebenar. Gambar ini saya dapatkan dari google juga tetapi rupa dan bentuk pokok adalah betul.


            letup-letup


leletup kelambu

                               Ini pula ialah leletup kelambu buahnya diliputi dengan jaring-jaring macam kelambu.Dalam bahasa tempatan kami panggil kuluput.Buahnya boleh dimakan dan rasa manis,bijinya macam buah markisa.Manafaatnya pun lain.


Kalau di negara lain seperti Indonesia buah ini dinamakan buah Ceplukan/Ciplukan.Jika siapa yang mempunyai kemudahan internet boleh cari manafaatnya dengan menaip ciplukan dalam google maka akan keluarlah pelbagai jenis manafaat perubatan letup-letup ini.
Pelbagai manfaat letup-letup dan kandungan yang terdapat dalamnya seperti vitamin C, asam palmitat, alkaloid, chlorogenic acid, polifenol dan lain sebagainya yang terbukti boleh mengatasi berbagai jenis penyakit. Tanaman letup-letup ini memiliki banyak fungsi sebagai antibakteri, anti aflamasi, analgesik, imunosupresan, antioksidan, sitotoksik, meredakan batuk, antivirus, meneutralkan racun,paru-paru berair dan anti hiperglikemi. 
Berdasarkan bahagian-bahagian dalam pokok letup-letup ini banyak manafaatnya seperti buah,daun,batang dan akar.
 Di sini telah disediakan cara untuk merebus pokok letup-letup untuk perubatan sendiri.
Cara minum sebolehnya minum sebelum sarapan pagi dalam 3 kali selang-seli sehari pada minggu yang pertama.Minggu kedua hanya 2 kali seminggu. Minggu ke tiga dan seterusnya memadai dengan meminum seminggu sekali.Rasanya memang pahit.

cara-cara merebus letup-letup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan