Khamis, 2 November 2017

Jus Betik

Tips untuk mengelakkan terkena buasir ialah dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran selalu.Jika anda bukan peminat makan sayuran berserat, minumlah jus buah-buahan sekurang -kurangnya sekali dalam dua minggu memadai.Tujuannya ialah untuk membersihkan usus.
Kebiasaannya orang yang tidak suka makan sayur-sayuran dan buah-buahan berserat akan mengadapi kesukaran pembuangan air besar.Ini menyebabkan sembelit berlaku.Bila selalu sembelit  iaitu kesukaran buang air besar menjadi punca dan penyebab untuk serangan buasir. Bila pembuangan tidak lancar sisa-sisa najis kita akan tertinggal dalam usus, jika ia berterusan akan menyebabkan usus akan bermasalah. Itu sebabnya buah yang terbaik untuk mencuci usus ialah buah betik sama ada dimakan begitu sahaja atau di buat jus. Kesan terbaik ialah dengan meminum jus betik.Lihat cara buat jus di bawah:
Bahan:
1 biji betik 
1 cawan air masak(minum)
4 ketul ais kiub(ikut suka)
          2 sudu makan susu pekat(ikut suka)

Cara Buat:
1.Kupas betik,buang biji dan cuci.
2.potong 6 betik dan masukkan dalam blander bersama susu,air minum,ketulan ais blender hingga hancur.
3.minum satu gelas sebelum makan,sebaiknya 1/2 jam sebelum makan.

(jika tidak habis boleh simpan dlm peti sejuk beku,bila minum baru keluarkan)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan